Tuesday, 19 August 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA





POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
2014



Ahli kumpulan:-

1)Che Ku Farhanah bt Che Ku Remeli(02DTM14F1024)

2)Siti Maisarah bt Che Abidin(02DTM14F1008)

3)Nur Fatihah bt Abdul Majid @ Zammal(02DTM14F1048)

4)Sitinurlida bt Mohmad(02DTM14F1072)

5)Nurfarhana Syafawati bt Samad(02DTM14F1160)

6)Nur Fatihah Syuhadah bt Ashari(02DTM14F1116)

7)Farhah Hamizah bt Md Baharuddin(02DTM141167)












Tajuk : PERLEMBAGAAN MALAYSIA


 
            Bagaimanakah konsep keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia?



Kursus: Diploma Teknologi Makanan


Sesi: Sesi Jun 2014


Pensyarah: Cik Razana Fatin bt Mohd Kasim


Jabatan: Jabatan Teknologi Makanan














PENGHARGAAN


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…

        Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa,tenaga yang di anugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
    Pertamanya,kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya,puan Ustazah Cik Razana Fatin bt Mohd Kasim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
       Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan e-folio ini.
      Ucapkan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang memberikan peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa.Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka.
        Akhir madah,kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan e-folio ini.Terima kasih.






PENGENALAN


       Prinsip-prinsip yang menentukan bagaimana sesuatu negeri diasaskan dan diperintahkan seperti yang termaktub dalam undang-undang,adat dan peraturan yang lazim dipakai. Perlembangaan akan menetapkan had-hadkewibawaan kerja dan cara-cara pemilihan serta perlantikan pemerintahan.       Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara.Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara.berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.Perlembagaan persekutuan Malaysia ada 131 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja-raja melayu dan hak orang melayu,soal bahasa melayu,agama,kewarganegaan,kehakiman dan sebagainya.Perlembangaan boleh dikatakan sebagai satu dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas Negara.

       Bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah british semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor,negeri Sembilan,Pahang yang dikenali sebagai NNMB.selepas perang dunia ke-2,Jepun berundur dari Tanah Melayu dan british kembali semula ke Tanah Melayu.Pengenalan Malayan union pada bulan april 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu.Satu perjanjian baru telah di buat antara raja-raja melayu dan penjajah british yang dikenali sebagai perjanjian persekutuan 1948.Melalui perjanjian ini kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang pesuruhjaya tinggi british,sebuah majlis mesyuarat  dan sebuah majlis perundangan.

       Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british.Lahir satu perlembagaan baru bagi tanah melyu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948.Selepas ini,ia dipanggil sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948.Perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dan beberapa pindaan telah dilakukan.Contoh pindaan yang dibuat ialah akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) untuk kemasukan Sabah,Sarawak,Singapura serta menukarkan nama persekutuan Tanah Melayu kepada persekutuan Malaysia.

       Tujuan perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.Kewujudan perlembagaan ini dari segi sejarah berdasarkan kepada tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu,bahasa melayu,agama islam dan lain-lain.Walaupun perlembagaan memperuntukkan agama islam sebagai agama persekutuan atau rasmi Negara bahagian (bahagia 1,perkara 3(1) ) agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara (perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan.

       Selain itu,tujuan perlembagaan juga untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta sultan,raja,YDN (yang dipertua negeri).dalam hal ini,walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada ()bahagian 4,bab 3,perkara 40).Perlembagaan Malaysia. Langkah ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan pemerintahan.

       Akhir sekali,mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat juga tujuan perlembagaan. Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintahan, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (bahagian 2,perkara S-13) dan hak istimewa orang melayu.Pemerintahan mempunyai had terhadap perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan serta rakyat juga ada perkara boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.







KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

       Perlembagaan Malaysia lahir serentak dengan kelahiran negara Malaysia pada tahun 1963 yang lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina di atas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak malaya merdeka sehingga lah Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957.Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini.Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2009, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun.Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri.

       Pemahaman latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap lebaran sejarah penghasilan perlembagaan tanah melayu. Menjelang Kemerdekaan Malaya, setelah semua pihak bersetuju, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk mengubal perlembagaaan baru bagi mengantikan perlembagaan 1948 yang telah dipakai semenjak Malayan Union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya sebuah perlembagaan yang kukuh dan mendapat penerimaan semua pihak. Ia diisytiharkan pada Hari Kemerdekaan Malaya. Namun Perlembagaan Malaysia juga tetap sebuah perlembagaan berfungsi sepanjang masa. Ini kerana Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan flaksibel. Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlemen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan masa.






Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-

•Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;

•Menjadi punca kepada semua undang-undang;

•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;

•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; dan

•Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.



Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-

• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil;

• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;

• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;

• Alat untuk menyelesaikan masalah;

• Menjamin riwayat negara bangsa; dan

• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.






KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK


Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan perpaduan.



-Konsep Masyarakat


Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu 
tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah
sekelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. 



Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut: -

· Hidup berkelompok.

· Mempunyai budaya.

· Mengalami perubahan.

· Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.

· Ada kepimpinan.


Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu di fahami atas beberapa sebab seperti berikut :

· Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat.

· Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
· Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.

· Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat adalah dinamik.








- Konsep Budaya


       Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal.Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa “Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut :

· Dipelajari.
· Dikongsi.
· Bersifat sejagat.
· Diwarisi.
· Berubah-ubah.



       Malaysia unik yang unik kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia.Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu, masyarakat majmuk masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam.Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan secara berasingan.Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk perpaduan kaum.Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan berterusan.







BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN


PERLEMBAGAAN BERTULIS

       Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan bertulis ini mempunyai tiga sifat iaitu kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.Selain itu,parlimen mempunyai kuasa yang membuat undang-undang tehadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.Di samping itu,mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS 

       Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.Contohnya,Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana parlime mendapat kuasa daripada perlembagaan.


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

       Antara kandungan perlembagaan ialah Badan Kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislasif.Selain itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pengasingan kuasa serta Malaysia juga negara yang amalkan kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi negara.Seterusnya,Bahasa kebangsaan,kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum bumiputera dan peribumi Sabah dan Sarawak.Di samping itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan berparlimen.Oleh itu,Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan serta Malaysia juga sebagai sebuah persekutuan.akhir sekali,ketertinggian perlembagaan dan undang-undang.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

       Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan,mempunyai raja berpelembagaan,mengamalkan system demokrasi berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi,walau agama lain bebas diamalkan.Ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingsn semua kaun dan bangsa.Manakala,kebebasab undang-undang di negara ini.Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.ini melambangkan sikap toleransi pemerintah yang menjamin amalan demokrasi tetap wujud



KANDUNGAN RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Senarai persekutuan meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan,keselamatan dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil serta kewarganegaraan.

Senarai bersama meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.Contohnya,perlindungan bagi binatang liar,biasiswa perlindungan kanak-kanak,perancangan bandar&kampong,kesihatan awam dan lain-lain.

Senarai negeri meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hokum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam,hari kelepasan negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.







KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN


Parlimen 
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menetukan kuasa perundangan kerajaan persekutuan di satu pihak dan setiap buah negeri di pihak yang lain.

Perlembagaan 
Menentukan perkaran bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.Contoh undang-undang pertahanan,pelajaran,hal ehwal luar negara dan sebagainya.

Kedudukan YDPA
Baginda sebagai ketua negara ,lambang taat setia rakyat,lambang negara,Ketua Parlimen,Ketua Pemerintah dan sebagainya.

Kuasa Perundangan
Dijalankan oleh berbagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

Kebebasan asasi
Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara,tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya,tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh menjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang.



PINDAAN PERLEMBAGAAN 

Sejak tahun 1957 hingga 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
Perkara 159(4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2 per 3 dalam tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.

Perkara 161(E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2 per 3 dalam setiap Majlis Parlimen jika ia dipersetujui oleh YD mana-mana negeri.

Perkenan dan persetujuan Majlis raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara dianggap sensitif dalam perlembagaan,sebahagian perkara memerlukan suara majority dalam parlimen.



PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

·         Pemisahan Singapura
·         Pertabalan raja
·         Mengenai gender
·         Pengurusan bekalan air
Perabalan raja : Rakyat tidak lagi akan marah kepada raja kerana raja juga terhad kepada peruntukan undang-undang.Jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja,maka yang menentukan hukuman ialah pengadil hakim.

KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG

YDP Agung perlu berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agung apabila menghadapi tindakan undang-undang.Sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang,raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah akan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampun.

PENGURUSAN BEKALAN AIR

Membolehkan kerja persekutuan menyelia pengurusan bekalan air di peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.

PERLEMBAGAAN NEGERI  
                
Terbentuk daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Perkara 71(3) perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walauapa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.Peruntukan untuk kuasa-kuasa negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Dalam jadual kelapan,terdapat dua perutukan utama iaitu Bahagian 1(peruntukan tetap dan peruntukan kewangan).Bahagian 2(peruntukan sementara)







RUMUSAN


       Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung.Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini.Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini.Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

      Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain
.








RUJUKAN

http://mzuhairi.blogspot.com/2014/02/konsep-perlembagaan-dan-hubungan-etnik.html?m=1

http://amanipunyu.blogspot.com/?m=1


http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.html?m=1


Buku Islam Dalam Perlembagaan Malaysia ( Abdul Aziz Bari )

Perlembagaan Malaysia Asas-Asas dan Masalah ( Abdul Aziz Bari )

Sejarah Perlembagaan Malaysia ( Abdul Manaf Ahmad )







LAMPIRAN



Gambar-gambar tentang perlembagaan malaysia













Keratan akhbar tentang perlembagaan malaysia












Carta-carta tentang perlembagaan malaysia


























TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH

=)