POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
2014
Ahli kumpulan:-
1)Che Ku Farhanah bt Che Ku
Remeli(02DTM14F1024)
2)Siti Maisarah bt Che Abidin(02DTM14F1008)
3)Nur Fatihah bt Abdul Majid @
Zammal(02DTM14F1048)
4)Sitinurlida bt Mohmad(02DTM14F1072)
5)Nurfarhana Syafawati bt
Samad(02DTM14F1160)
6)Nur Fatihah Syuhadah bt
Ashari(02DTM14F1116)
7)Farhah Hamizah bt Md
Baharuddin(02DTM141167)
Tajuk : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Bagaimanakah konsep keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian
masyarakat majmuk di Malaysia?
Kursus: Diploma Teknologi Makanan
Sesi: Sesi Jun 2014
Pensyarah: Cik Razana Fatin bt Mohd Kasim
Jabatan: Jabatan Teknologi Makanan
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…
Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa,nyawa,tenaga yang di anugerahkan kepada kami dapat
juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya,kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada pensyarah tercinta saya,puan Ustazah Cik Razana Fatin bt Mohd Kasim
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk
menyiapkan e-folio ini.
Ucapkan penghargaan ini juga kami tujukan kepada
rakan-rakan yang memberikan peringatan terhadap setiap apa yang kami telah
alpa.Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan
kepada mereka.
Akhir madah,kami mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan e-folio
ini.Terima kasih.
PENGENALAN
Prinsip-prinsip
yang menentukan bagaimana sesuatu negeri diasaskan dan diperintahkan seperti
yang termaktub dalam undang-undang,adat dan peraturan yang lazim dipakai.
Perlembangaan akan menetapkan had-hadkewibawaan kerja dan cara-cara pemilihan
serta perlantikan pemerintahan. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang
tertinggi sesebuah Negara.Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan
sesebuah Negara.berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama
ada di pihak pemerintah atau rakyat.Perlembagaan persekutuan Malaysia ada 131
perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan
asasi,kuasa dan kedudukan YDPA,keistimewaan raja-raja melayu dan hak orang
melayu,soal bahasa melayu,agama,kewarganegaan,kehakiman dan
sebagainya.Perlembangaan boleh dikatakan sebagai satu dokumen yang mengandungi
segala undang-undang dan peraturan asas Negara.
Bermula sejak
abad ke-19 oleh penjajah british semasa mereka menguasai negeri Perak,
Selangor,negeri Sembilan,Pahang yang dikenali sebagai NNMB.selepas perang dunia
ke-2,Jepun berundur dari Tanah Melayu dan british kembali semula ke Tanah
Melayu.Pengenalan Malayan union pada bulan april 1946 telah mendapat tentangan
yang hebat daripada orang melayu.Satu perjanjian baru telah di buat antara
raja-raja melayu dan penjajah british yang dikenali sebagai perjanjian
persekutuan 1948.Melalui perjanjian ini kerajaan pusat akan terdiri daripada
seorang pesuruhjaya tinggi british,sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
Majlis
perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi
dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british.Lahir satu perlembagaan baru bagi
tanah melyu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948.Selepas ini,ia dipanggil
sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948.Perlembagaan persekutuan
tanah melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dan beberapa pindaan
telah dilakukan.Contoh pindaan yang dibuat ialah akta Malaysia yang diluluskan
dalam tahun 1963 meminda perkara (1) dan (2) untuk kemasukan
Sabah,Sarawak,Singapura serta menukarkan nama persekutuan Tanah Melayu kepada
persekutuan Malaysia.
Tujuan
perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang
adil.Kewujudan perlembagaan ini dari segi sejarah berdasarkan kepada tolak
ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang
melayu,bahasa melayu,agama islam dan lain-lain.Walaupun perlembagaan
memperuntukkan agama islam sebagai agama persekutuan atau rasmi Negara bahagian
(bahagia 1,perkara 3(1) ) agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.Peruntukan
bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara (perkara 152) juga ada kelonggarannya
apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan.
Selain
itu,tujuan perlembagaan juga untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah.terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta
sultan,raja,YDN (yang dipertua negeri).dalam hal ini,walaupun baginda mempunyai
bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada
()bahagian 4,bab 3,perkara 40).Perlembagaan Malaysia. Langkah ini dapat
mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan pemerintahan.
Akhir
sekali,mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat juga tujuan perlembagaan.
Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada
pemerintahan, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (bahagian
2,perkara S-13) dan hak istimewa orang melayu.Pemerintahan mempunyai had
terhadap perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan serta
rakyat juga ada perkara boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Malaysia lahir serentak dengan kelahiran negara Malaysia pada tahun 1963 yang
lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina di atas
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak malaya
merdeka sehingga lah Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Pembentukkan
Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.
Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31
ogos 1957.Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan
negara sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini.Malaysia telah
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Sejak merdeka dan sehingga 31 Ogos 2009,
Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 52 tahun.Suatu tempoh panjang yang
membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri.
Pemahaman
latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap lebaran sejarah
penghasilan perlembagaan tanah melayu. Menjelang Kemerdekaan Malaya, setelah
semua pihak bersetuju, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk mengubal
perlembagaaan baru bagi mengantikan perlembagaan 1948 yang telah dipakai
semenjak Malayan Union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya sebuah
perlembagaan yang kukuh dan mendapat penerimaan semua pihak. Ia diisytiharkan
pada Hari Kemerdekaan Malaya. Namun Perlembagaan Malaysia juga tetap sebuah
perlembagaan berfungsi sepanjang masa. Ini kerana Malaysia mengamalkan sikap terbuka
dan flaksibel. Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan
yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlemen apabila sesuatu
perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
Konsep
ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-
•Perlembagaan
Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;
•Menjadi punca kepada semua undang-undang;
•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;
•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan; dan
•Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.
Perlembagaan
dibentuk dengan tujuan berikut iaitu:-
• Mewujudkan
satu bentuk pemerintahan yang adil;
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah;
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat;
• Alat untuk menyelesaikan masalah;
• Menjamin riwayat negara bangsa; dan
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan perpaduan.
-Konsep Masyarakat
Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa
Abu Hassan (2000), masyarakat adalah
sekelompok manusia yang mempunyai cara
gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur
tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu
untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari
kelompok ke kelompok lain.
Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti
berikut: -
· Hidup berkelompok.
· Hidup berkelompok.
· Mempunyai budaya.
· Mengalami perubahan.
· Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.
· Ada kepimpinan.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu di fahami atas beberapa sebab seperti berikut :
· Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat.
· Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.
· Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
· Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat adalah dinamik.
- Konsep
Budaya
Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal.Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa “Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut :
Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal.Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa “Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut :
· Dipelajari.
· Dikongsi.
· Bersifat sejagat.
· Diwarisi.
· Berubah-ubah.
Malaysia
unik yang unik kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan
agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata
dunia.Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara
luar adalah Melayu, masyarakat majmuk masyarakat yang terdiri dari pelbagai
etnik.Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam.Walau
pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan
secara berasingan.Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat
terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses
jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di
bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum
tertentu. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk
perpaduan kaum.Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk
memupuk perpaduan berterusan.
BENTUK-BENTUK
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN
BERTULIS
Merupakan
bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan
bertulis ini mempunyai tiga sifat iaitu kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan
melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya
dipinda.Selain itu,parlimen mempunyai kuasa yang membuat undang-undang tehadap
perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat
undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.Di samping itu,mahkamah
mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
PERLEMBAGAAN
TIDAK BERTULIS
Merangkumi
semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau
dokumen.Contohnya,Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan
perlembagaan bertulis di mana parlime mendapat kuasa daripada perlembagaan.
KANDUNGAN
PERLEMBAGAAN
Antara
kandungan perlembagaan ialah Badan Kehakiman yang bebas dari kawalan Badan
Eksekutif dan Badan Legislasif.Selain itu,Malaysia sebagai negara yang
mengamalkan system pengasingan kuasa serta Malaysia juga negara yang amalkan
kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi
negara.Seterusnya,Bahasa kebangsaan,kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum
bumiputera dan peribumi Sabah dan Sarawak.Di samping itu,Malaysia sebagai
negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan berparlimen.Oleh
itu,Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan serta Malaysia juga sebagai
sebuah persekutuan.akhir sekali,ketertinggian perlembagaan dan undang-undang.
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
Perkara penting
yang mencirikan perlembagaan ialah melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara
Persekutuan,mempunyai raja berpelembagaan,mengamalkan system demokrasi
berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi,walau agama lain
bebas diamalkan.Ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sikap
tolak ansur dan menjaga kepentingsn semua kaun dan bangsa.Manakala,kebebasab
undang-undang di negara ini.Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa
dalam pentadbiran kerajaan.ini melambangkan sikap toleransi pemerintah yang
menjamin amalan demokrasi tetap wujud
KANDUNGAN
RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Senarai persekutuan meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan,keselamatan
dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil serta kewarganegaraan.
Senarai bersama meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat
undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.Contohnya,perlindungan
bagi binatang liar,biasiswa perlindungan kanak-kanak,perancangan
bandar&kampong,kesihatan awam dan lain-lain.
Senarai negeri meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hokum
syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam,hari kelepasan
negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Parlimen
Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menetukan kuasa
perundangan kerajaan persekutuan di satu pihak dan setiap buah negeri di pihak
yang lain.
Perlembagaan
Menentukan perkaran bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan
Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.Contoh undang-undang
pertahanan,pelajaran,hal ehwal luar negara dan sebagainya.
Kedudukan YDPA
Baginda
sebagai ketua negara ,lambang taat setia rakyat,lambang negara,Ketua
Parlimen,Ketua Pemerintah dan sebagainya.
Kuasa Perundangan
Dijalankan
oleh berbagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan
oleh perlembagaan.
Kebebasan asasi
Kerajaan
tidak boleh membuang negara seseorang warganegara,tidak boleh menahan seseorang
warganegara daripada pulang ke tanah airnya,tidak boleh memaksa seseorang itu
menjadi buruh paksa dan tidak boleh menjarakan mana-mana orang melainkan
menurut undang-undang.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sejak tahun
1957 hingga 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
Perkara 159(4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti
2 per 3 dalam tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis
Parlimen.
Perkara 161(E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan Sabah
dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2 per 3 dalam setiap Majlis
Parlimen jika ia dipersetujui oleh YD mana-mana negeri.
Perkenan dan persetujuan Majlis raja-raja diperlukan dalam
membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja
melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara dianggap sensitif
dalam perlembagaan,sebahagian perkara memerlukan suara majority dalam parlimen.
PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
·
Pemisahan Singapura
·
Pertabalan raja
·
Mengenai gender
·
Pengurusan bekalan air
Perabalan
raja : Rakyat tidak lagi akan marah kepada raja kerana raja juga terhad kepada
peruntukan undang-undang.Jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja,maka
yang menentukan hukuman ialah pengadil hakim.
KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG
YDP Agung
perlu berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agung apabila menghadapi tindakan
undang-undang.Sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang,raja hendaklah
berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah akan dihukum
penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika baginda
diampun.
PENGURUSAN BEKALAN AIR
Membolehkan
kerja persekutuan menyelia pengurusan bekalan air di peringkat negeri,kecuali
di Sabah dan Sarawak.
PERLEMBAGAAN NEGERI
Terbentuk
daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan
Malaysia.Perkara 71(3) perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa
parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak
dipatuhi,walauapa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,parlimen boleh
membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.Peruntukan untuk
kuasa-kuasa negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Dalam jadual kelapan,terdapat
dua perutukan utama iaitu Bahagian 1(peruntukan tetap dan peruntukan
kewangan).Bahagian 2(peruntukan sementara)
RUMUSAN
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan
kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir
mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti
British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak
langsung.Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga
kini.Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di
zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India
ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.Dasar Pecah dan Perintah yang
diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada
penyatuan kaum di negara ini.Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi
tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.Pelbagai usaha diambil untuk
meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan
etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020,
pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di
negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada
semua pihak.
Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
RUJUKAN
http://amanipunyu.blogspot.com/?m=1
http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.html?m=1
Buku Islam Dalam Perlembagaan Malaysia ( Abdul Aziz Bari )
Perlembagaan Malaysia Asas-Asas dan Masalah ( Abdul Aziz Bari )
Sejarah Perlembagaan Malaysia ( Abdul Manaf Ahmad )
Perlembagaan Malaysia Asas-Asas dan Masalah ( Abdul Aziz Bari )
Sejarah Perlembagaan Malaysia ( Abdul Manaf Ahmad )
LAMPIRAN
Keratan akhbar tentang perlembagaan malaysia
Carta-carta tentang perlembagaan malaysia
TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH
=)